Adun Tasik Biru Lulus Geran MRP RM10,000 Kepada Belia Kampung Serikin

SELASA, 7 JUN 2022

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000  di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2022 kepada belia Kampung Serikin.

Perkara itu dimaklumkan ketika beliau hadir ke majlis penyampaian hadiah dan penutupan Karnival Sukaneka Kampung Serikin serta rumah terbuka Gawai di Serikin Commercial Centre di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak berkata, peruntukan itu adalah bagi membantu belia kampung tersebut supaya terus aktif melaksanakan aktiviti sukan pada masa akan datang.

Katanya lagi, kejohanan motocross di kampung tersebut juga akan diadakan pada penghujung bulan Julai depan di samping program perasmian Serikin Commercial Centre yang akan ditentukan tarikhnya kelak.

Datuk Henry juga kagum dengan pembukaan Serikin Commercial Centre yang satu-satunya dimiliki anak Bidayuh dan berharap agar sosioekonomi penduduk Serikin akan bertambah maju terutama apabila sempadan negara di Serikin dan Kalimantan Indonesia dibuka semula.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Charles Chad Nissom, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta ahli-ahli Majlis Daerah Bau.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia