Pertandingan Karaoke Dan Fesyen Kanak-Kanak Meriahkan Pesta Matu 2022

SELASA, 7 JUN 2022

MATU: Pertandingan Karaoke dan Fesyen Kanak-Kanak menyerikan hari ketiga sambutan Pesta Matu 2022 yang diadakan di tapak pesta itu pada Isnin.

Seramai lapan peserta final karaoke dan lapan peserta pertandingan fesyen kanak-kanak telah membuat persembahan masing-masing di mana ianya dilihat sebagai satu cabaran untuk mereka menonjol di khalayak ramai dan menambah keyakinan ketika berhadapan masyarakat.

Berakhir saingan, juara bagi kategori pertandingan karaoke dimenangi Nazirul Manaf, naib juara milik Zukimok dan tempat ke-3 dirangkul Taha Arifin.

Ketiga-tiga pemenang ini juga akan membuat persembahan pada malam kebudayaan pada 8 Jun nanti.

Sementara itu, Aina Fakhira Ramlan muncul juara kategori Fesyen Kanak-Kanak manakala Nur Qaireen Malaeka Mohd Nurfirdaus muncul naib juara.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya. – EDISI UKAS

add comment