17 Persatuan, Kelab Dan JKKK Kawasan Tellian Terima Geran MRP

RABU, 8 JUN 2022

MUKAH: Sebanyak 17 persatuan, kelab dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Tellian menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM92,000.

Majlis penyerahan geran itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine pada Selasa.

Dalam ucapan ringkasnya, Royston berharap penerima menggunakan geran tersebut sebaiknya dengan menganjurkan aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat.

Selain itu katanya, setiap aktiviti perlu ada laporan pelaksanaannya.

Senarai penerima geran adalah Kelab Kebajikan Dan Keluarga PPS Sarawak, Kelab Sukan Tamu dan Riadah Mukah, Kelab Rekreasi Cawangan Khas IPD Mukah, Kelab Rando PDKO, PEMADAM Daerah Mukah, Pert. Kebudayaan & Kesenian Sri Ritma Borneo Mukah, Kelab Pengadil Mukah, Tadika Tahfiz Hikmah Mukah danJK Rekreasi dan Kebajikan Staff PPD Mukah.

Turut menerima adalah Kelab Petanque La Sakura, JK St. Anthony Chapel, Persatuan Sepak Takraw Mukah, Biro Pemuda N57 Tellian, JKK Kg Kuala Lama Mukah, Kelab Memanah Al Mustaqim, JKKK Kampung Judan Ulu Mukah dan Kelab Generasi Bumi Hijau Mukah. – EDISI UKAS

add comment