ADUN Repok Sumbang Katil Kepada Pesakit Terlantar

RABU, 8 JUN 2022

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii telah memberi sumbangan sebuah katil pesakit kepada seorang penerima, Ng Chip Wui, 49 tahun berasal dari Jalan Getah pada Selasa. 

Sumbangan diserahkan melalui Pasukan Pusat Khidmat Repok itu bertujuan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pesakit dan anggota keluarga pesakit. 

Dalam pada itu, sumbangan tersebut membuktikan keperihatinan Dato Sri Huang yang komited terhadap usaha meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, ahli keluarga penerima amat bersyukur dan menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang praktikal daripada Dato Sri Huang sebagai wakil Repok. – EDISI UKAS

add comment