Bantuan Biasiswa Yayasan Sarawak Untuk Semua Kaum Di Sarawak

RABU, 8 JUN 2022

KUCHING: Bantuan biasiswa yang disediakan oleh Yayasan Sarawak adalah untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum.

Demikian tegas Premier Sarawak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Jelasnya, masih terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat Yayasan Sarawak hanya memberikan bantuan biasisiwa kepada Bumiputera atau Melayu sahaja.

“Tidak, bantuan biasiswa ini adalah untuk semua kaum asalkan kamu adalah anak Sarawak.

“Dalam Lembaga Yayasan Sarawak sendiri, kita ada wakil yang berbangsa Cina iaitu Datu William Lee Boon Tong,” katanya dalam Majlis Ulangtahun Ke-50 Yayasan Sarawak di Hotel Pullman, Kuching pada Selasa.

Sementara itu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut merakamkan ucapan tahniah kepada Yayasan Sarawak sepanjang 50 tahun kewujudannya yang telah banyak membantu dalam melahirkan anak Sarawak berpengetahuan tinggi.

“Tahniah dan syabas kepada Yayasan Sarawak atas kejayaannya untuk memantapkan pendidikan yang sangat perlu dalam kita hendak melahirkan anak Sarawak yang berpengetahuan tinggi.

“Mengikut rekod Yayasan Sarawak, mereka yang telah menerima bantuan sama ada melalui biasiswa atau pinjaman adalah seramai 1.83 juta,” ujar beliau lagi.

Hadir sama isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia