Forum Perdana Ehwal Islam ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ Serikan Pesta Matu

RABU, 8 JUN 2022

MATU: Kira-kira 400 tetamu menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam edisi ke-4 yang diadakan pada Selasa di tapak Pesta Matu 2022.

Forum bertajuk ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Daerah Matu dengan kerjasama Pejabat Daerah Matu.

Ia menampilkan tiga panel iaitu Pegawai Hikmah Sibu, Ustaz Muhammad Nasrullah Zainal Abidin; pegawai Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohammad Syarifuddin Abdul Kadir dan Imam Bahagian Mukah, Ustaz Muhammad Khairi Zulkifli Abdul Rahman manakala pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Daro, Ustaz Azizan Ajiji selaku moderator.

Difahamkan, forum itu diadakan dua kali sebulan di daerah ini bertempat di Masjid Daerah Matu dan kali ini diadakan di Pesta Matu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya yang turut hadir kemudiannya menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada moderator serta ahli-ahli panel.

Majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat serta mampu menambah ilmu dalam bidang keagamaan. – EDISI UKAS

add comment