Kempen Kitar Semula Komputer & Elektronik Terpakai Di Miri pada 18 Jun Depan

RABU, 8 JUN 2022

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersama Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA) akan menganjurkan Kempen Kitar Semula Komputer & Elektronik Terpakai pada 18 Jun depan.

SICTA dalam satu kenyataan memberitahu, orang ramai boleh menghantar semua barangan elektronik mereka yang rosak atau tidak berfungsi di Hab Komuniti Hijau Miri City di Taman Yakin (belakang Yakin Café) antara jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang.

“Disebabkan pandemik COVID-19, kami tidak menganjurkan acara kitar semula ini sejak dua tahun lalu.

“Dijangka banyak barang elektronik yang rosak atau tidak berfungsi perlu dilupuskan.

“Sebagai balasan, pihak SICTA akan memberikan kupon letak kereta Bandaraya Miri kepada orang ramai yang menghantar barang tersebut yang mana setiap satu kupon 40 Sen untuk setiap dua kilogram,” katanya.

Jelas SICTA lagi, semua barang elektronik yang rosak atau tidak berfungsi yang dikumpul akan diserahkan kepada Eye1 Recycle (Miri) Sdn Bhd untuk pemprosesan yang betul dan semua wang yang diterima daripada syarikat kitar semula akan didermakan kepada badan amal.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Janson Yong di talian 016-8718821 atau Alex Jong di talian 019-8878585.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia