Premier Sarawak Sempurnakan Majlis Mula Kerja Projek Pembinaan Masjid Kuala Matu

RABU, 8 JUN 2022

MATU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan Majlis Perasmian Mula Kerja Bagi Projek Pembinaan Masjid Kuala Matu di sini pada Rabu.

Terdahulu, beliau bersama tetamu kenamaan yang lain menyaksikan tayangan video khas “Masjid Kuala Matu” sebelum menyempurnakan simbolik perasmiannya.

Dalam masa sama, beliau turut menyaksikan penyerahan kontrak daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya kepada kontraktor terpilih bagi pelaksanaan masjid tersebut.

Pembinaan Masjid Kuala Matu sangat strategik kerana lokasinya di tepi jalan pesisir dari daerah Daro dan bakal menjadi pintu masuk ke Matu.

Kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan menjadikan masjid ini sesuai untuk berfungsi sebagai Balai Cerap pertama yang khusus ditempatkan di zon tengah Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki; Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Sri Zaidi Mahdi serta Pegawai Daerah Matu, Wan Hipni Wan Mohamad dan Pemangku Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia