RABU, 8 JUN 2022
MATU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkesempatan meninjau ke projek pembinaan Benteng Hakisan Kuala Matu semasa lawatan kerjanya ke sini pada Rabu.
Dalam tinjauan itu, beliau mendengar taklimat daripada Perunding Timur (S) Sdn Bhd, Ir. Liew Tze Khaw mengenai projek bernilai RM7.07 juta yang memberi manfaat kepada para peniaga kawasan itu sekaligus bakal menjadi daya tarikan pengunjung.
Tujuan utama projek ini dibina adalah untuk mengelak hakisan berterusan di Pantai Kuala Matu yang semakin terhakis akibat ombak terutama pada musim tengkujuh.
Turut menyertai beliau ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Imbudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya; Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.-EDISI UKAS