ADUN Kabong Sumbang Geran RM5000 Kepada Persatuan Veteran ATM Cawangan Saratok

KHAMIS, 9 JUN 2022

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah menyerahkan sumbangan geran berjumlah RM5000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Saratok dalam Majlis Randau bersama persatuan tersebut pada Rabu.

Persatuan Veteran ATM Cawangan Saratok mula ditubuhkan sejak 1 Januari 2000 dan kini sudah berusia 22 tahun.

Ianya meliputi kawasan yang sangat luas merangkumi lima daerah iaitu Kabong, Saratok, Pusa, Betong dan Maludam dan dianggotai lebih 300 orang ahli.

Antara aktiviti yang sering diadakan oleh ahli veteran ini ialah aktiviti kebajikan serta memberikan khidmat masyarakat kepada yang memerlukan seperti pemberian insentif pendidikan pelajar cemerlang, bantuan untuk ke IPTA dan IPTS serta pelbagai program kemasyarakatan.-EDISI UKAS

add comment