Jawatankuasa KMKK Sarikei Hargai Jasa Mantan Ketua Kaum

KHAMIS, 9 JUN 2022

SARIKEI: Jawatankuasa Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) Sarikei telah menganjurkan Malam Jasamu Dikenang ‘Mantan Ketua Kaum’ di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei pada Khamis.

Majlis tersebut diadakan bertujuan meraikan mantan-mantan KMKK yang telah memberikan khidmat kepada masyarakat Sarikei selama bertugas menjadi ketua masyarakat.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh merakamkan penghargaan kepada semua mantan ketua masyarakat atas jasa dan pengorbanan selama berkhidmat untuk masyarakat di kawasan Sarikei.

Beliau meluahkan rasa syukur berikutan proses peralihan kepimpinan di peringkat akar umbi ini berjalan lancar sekaligus menyambung kesinambungan peralihan pemimpin di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Selain itu, beliau turut menyeru agar semua KMKK terus berkhidmat dengan penuh amanah bagi kebajikan semua rakyat di bawah seliaan masing-masing. – EDISI UKAS

add comment