Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada Duta Besar Republik Korea Ke Malaysia

KHAMIS, 9 JUN 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Lee Chi Beom di Hotel Waterfront di sini pada Khamis. 

Kunjungan hormat itu diadakan bersempena dengan penganjuran Forum Perniagaan Tenaga Sarawak-Korea 2022 di lokasi sama. 

Forum tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama antara Sarawak dengan Republik Korea dalam sektor tenaga khususnya tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen. 

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian. -Edisi UKAS

add comment