KHAMIS, 9 JUN 2022
SEBUYAU: Petugas Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris Allahyarham Bujang Lajem, penduduk Kampung Menek Sebangan di sini pada Khamis.
Ia merupakan sumbangan daripada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi kepada keluarga arwah.
Isteri arwah mengucapkan terima kasih dan berbesar hati di atas keprihatinan Datuk Julaihi serta semua pihak terlibat.
Katanya, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan tekanan keluarganya. -EDISI UKAS