Datuk Ding Terima Kunjungan Hormat Konsul Jeneral Indonesia Di Kuching

SABTU, 11 JUN 2022

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Datuk Ding Kuong Hiing menerima kunjungan hormat dari, Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono di Ibu Pejabat LPKP Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Dalam pertemuan itu, Datuk Ding yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa isu dua hala antara Indonesia dengan Wilayah Sarawak yang kerap kali berlaku dan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Turut disentuh mengenai isu-isu seperti pertukaran kenderaan komersial antara kedua-dua negara, pengenalan pekerja asing dan pemindahan ibu negara Indonesia untuk lebih memahami serta mencapai persetujuan.

Pada kunjungan itu, Pengarah LPKP Sarawak Masitah Annuar telah memperkenalkan pegawai-pegawai LPKP di Ibu Pejabat dan menerangkan infrastruktur pelaksanaan mengenai Ibu Pejabat LPKP Sarawak. – EDISI UKAS

add comment