Datuk John Sikie Tinjau Dan Serah Projek RTP Siap Di DUN Kakus

SABTU, 11 JUN 2022

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Merata Tapak Rumah Panjang Baharu Rumah Lasok, Penyarai, Kakus pada Khamis. 

Dalam lawatan itu, beliau telah meninjau tapak projek dan menyerahkan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi projek tersebut. 

Sementara itu, dalam lawatan keduanya di Rumah Syvester Bunsu, Sungai Selilai, Kakus Tatau, Datuk John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus telah menyerahkan projek siap menaik taraf Jalan Rh Syvester Bunsu, Sungai, Selilai, Kakus. 

Projek naik taraf jalan sepanjang 5.8 km itu telah pun siap dan digunakan penduduk untuk aktiviti seharian.  

Turut diserahkan projek siap menaik taraf Jalan Rumah Das, Kelawit, Tatau. 

Turut serta dalam lawatan itu wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Ngu Tie Hwa. -EDISI UKAS

add comment