Naik Taraf Tadika Krokop Akan Dilaksanakan Ogos Nanti

SABTU, 11 JUN 2022

MIRI: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) menaik taraf Tadika Krokop akan dilaksanakan pada Ogos Ini. 

Menurut Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, projek ini akan dicabut undi Ogos nanti bersama dengan Projek RTP yang lain. 

“Jumlah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 berjumlah RM250,000 telah diluluskan untuk menaik taraf Tadika Krokop Miri seperti pemasangan awning (bumbung), tapak simen dan rubber grass seperti yang telah dijanjikan pada 18 Oktober 2021,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Tadika Krokop, Miri pada Khamis. 

Projek menaik taraf Tadika Krokop ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2022. 

Terdahulu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian bajet bersama Pengurusan Tadika Krokop supaya projek RTP ini memberi manfaat kepada sekolah dan pelajar. 

Hadir sama Penghulu Leonard Fung, Jurutera JKR Miri Syazwani Zainal, Lembaga Pengurusan Tadika Krokop Miri Kapitan Betty Pong dan Guru Besar Tadika Krokop Chin Paw Fah.-EDISI UKAS

add comment