Timbalan Premier Sarawak Lawat STATOS

SABTU, 11 JUN 2022

SINGAPURA: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah melawat Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) pada Khamis. 

Dalam lawatan dua jam itu, beliau telah melawat galeri STATOS dan diikuti taklimat yang disampaikan pegawai dari STATOS.

Pejabat itu juga berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pelaburan dan perniagaan serta pemain pelancongan di Singapura untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sarawak.

Turut hadir Penasihat MINTRED Datuk Naroden Majais, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzolkarnain Masron dan Pegawai Fungsi Khas MINTRED Datu Liaw Soon Eng.-EDISI UKAS

add comment