MYTIC, PEDi Perkasa Masyarakat Dengan Ilmu Komputer Dan Digital

AHAD, 12 JUN 2022

TELLIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berharap penganjuran kursus asas berkaitan komputer dapat diteruskan bagi membolehkan masyarakat khususnya golongan belia dilengkapi dengan pengetahuan berkaitan komputer dan digital.

Menurutnya, dalam menempuh era digital ketika ini, amat penting untuk seseorang itu memiliki pengetahuan mengenai komputer.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi Dan Penerangan Sarawak semasa Perasmian Kursus Asas Komputer anjuran Mukah Youth Transformation And Innovation Center (MYTIC) bersama dengan PEDi Tellian Ulu di Kampung Tellian Ulu pada Jumaat.

Katanya, program itui banyak memberi kemudahan kepada masyarakat pelbagai peringkat di Tellian.

Jelas beliau lagi, PEDI atau Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan MYTIC merupakan badan baru yang diwujudkan di kawasan Mukah di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) yang berfungsi dalam melaksanakan program-program yang berbentuk ekonomi dan digital. – EDISI UKAS

add comment