Pembangunan Infrastruktur Kampung Sebayang, Tusok Menjadi Keutamaan Wakil Rakyat

AHAD, 12 JUN 2022

TANJUNG MANIS: Penduduk di Kampung Sebayang,Tusok amat bertuah kerana banyak pembangunan infrastruktur yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini membuktikan keprihatin kerajaan melalui wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab dalam menjalankan perkhidmatan yang cukup cemerlang.

Sehubungan itu, Ir Yusuf dalam ucapannya berpesan kepada penduduk di Sebayang,Tusok agar terus bersatu supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dijalankan. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Pengerami Ngiling Bidai Gawai 2022 bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Sebayang pada Sabtu. 

Selain itu, beliau juga menyeru kepada rakyat agar menjaga semua kemudahan yang telah dibuat supaya dapat digunakan untuk jangka masa panjang sehingga ke generasi masa depan.

Di penghujung majlis tersebut, beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang hadir dan semoga perayaan ini dapat menyatukan semua penduduk Iban di Sebayang dan Tusok. – EDISI UKAS

add comment