Sarawak Wujudkan Sistem Sokongan Untuk Komuniti

AHAD, 12 JUN 2022

KUCHING: Sebuah pusat psikologi akan diwujudkan di Sarawak sebagai sistem sokongan untuk komuniti.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejateraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan Sarawak kini dalam usaha menubuhkan pusat berkenaan bagi menyediakan perkhidmatan sewajarnya kepada masyarakat.

Ujar beliau, pihaknya akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan selepas semua perkara membabitkan lokasi, struktur dan sebagainya sudah ditetapkan.

“Kita memang ada perkhidmatan untuk kakitangan kerajaan, jabatan dan persatuan. Namun, kita juga prihatin dengan komuniti. Ini merupakan sistem sokongan yang sangat penting.

“Sekarang kita sudah kenal pasti bilangan pusat yang akan dibina, kita buat senarai di mana keberadaannya supaya kita tahu kekurangan, bahagian mana perlu diatur dan sebagainya,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Keluarga Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Sabtu.

Tambah Dato Sri Fatimah, ia juga termasuk mengenal pasti golongan profesional yang berperanan penting untuk membantu merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kita melihat sumber-sumber yang ada di Sarawak dari segi kaunselor, pakar psikiatari, jurulatih yang sudah biasa dengan komuniti dan yang seumpamanya.

“Dalam kita merancang untuk memberi perkhidmatan ini, kita perlu tahu dimana mereka berada sebab kaunseling ini boleh dilakukan atas talian tetapi juga kadang-kadang perlu dari segi fizikal,” ujarnya.

Terdahulu semasa berucap, beliau memberitahu, Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) yang pertama di Kuching akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam masa terdekat.

Katanya, ia merupakan pusat rujukan intervensi sosial pertama di Sarawak yang akan memberi impak positif dari segi inklusiviti sosial dan kesejahteraan komuniti rentan, berisiko serta yang menghadapi masalah sosial.

“Perkhidmatan yang kita tawarkan adalah seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC). Semua perkhidmatan dibawah kementerian kami boleh didapati di situ.

“Di situ nanti kita ada ‘food bank’, pusat latihan, tempat untuk mangsa keganasan rumah tangga mendapat kaunseling, tempat transit gelandangan dan banyak lagi kemudahan yang mana ia akan menjadi model untuk bahagian lain.

“Ini adalah satu usaha kita untuk memastikan bahawa terdapat sistem sokongan dalam komuniti dan ini bukan sahaja daripada kerajaan malah juga melibatkan perusahaan swasta, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan,”jelas beliau.

Dalam majlis itu, Dato Sri Fatimah turut menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Mencipta Logo Hari Keluarga Sarawak, Pertandingan Gambar Keluarga Terbaik, Pertandingan Keluarga ‘Juh Beribey’ Paling Sporting termasuk penyampaian cenderahati kepada moderator-moderator jemputan.

Sambutan Hari Keluarga Sarawak 2022 yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak pada tahun ini adalah berkonsepkan santai keluarga dengan pelbagai bentuk aktiviti seperti riadah, aktiviti pendidikan dan kesihatan keluarga, jualan Usahawan Mikro Kebajikan dan forum kekeluargaan.

Selaras dengan konsep Sambutan Hari Keluarga Malaysia, ia turut menerapkan elemen keterangkuman, kebersamaan, kesyukuran dan kepelbagaian dalam meraikan Keluarga Sarawak. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia