Raezix Team Berjaya Rangkul Gelaran Juara Pertandingan Sepak Takraw AADK Peringkat Negeri Sarawak 2022

ISNIN, 13 JUN 2022

GEDONG: Kumpulan Raezix Team berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan sepak takraw bagi Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Gedong.

Simbolik penyerahan hadiah wang tunai sebanyak RM800, piala dan medal kepada Raezix Team telag disempurnakan oleh Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap diiringi Pegawai AADK Samarahan, Farid Bujang.

Tempat kedua disandang oleh kumpulan Sri Sena yang turut membawa hadiah berupa wang tunai sebanyak RM600 piala dan medal dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan bersama Kajas 12 dan Jebon Engkabang yang turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM300 piala dan juga medal.

Seramai 32 pasukan telah berentap dalam pertandingan sepak takraw tersebut yang telah berlangsung selama dua hari bermula daripada 11 hingga 12 Jun 2022 bertempat di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong.

Pertandingan ini adalah anjuran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Sarawak (AADK), Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, One Stop Commitee (OSC) dengan kerjasama daripada Kementerian Belia Sukan Dan Usahawan Sarawak, PBB Cawangan Gedong dan Komuniti Sepak Takraw Gedong.-EDISI UKAS

add comment