SELASA, 14 JUN 2022
MIRI: Sebanyak RM100,000 telah diperuntukan bagi membina pagar baru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong yang rosak.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, kerosakan pagar SMK Lutong perlu dibina semula dengan segera.
“Hal ini telah dimaklumkan pihak pengurusan SMK Lutong kepada saya.
“Sebanyak RM100,000 diperuntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2022 bagi membina pagar baru sekolah tersebut,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan Projek RTP pada Isnin.
Turut sama hadir pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri.
Selepas itu, Datuk Sebastian telah meneruskan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong bagi menyerahkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pembesaran bangunan kantin sekoah dan RM80,000 pembinaan baru pagar sekolah.
Turut disampaikan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi menaik taraf Dewan Sekolah SK Lutong di bawah peruntukan RTP 2022. -EDISI UKAS