Projek Bantuan Ehsan Kebakaran Rumah Panjang Annie Siap

RABU, 15 JUN 2022

SRI AMAN: Projek bantuan ehsan kebakaran bagi membina baharu rumah persendirian termasuk Rumah Panjang Annie di Kampung Semawa Ulu, Pantu telah siap sepenuhnya.

Pihak Pejabat Daerah Bahagian Sri Aman dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman pada Selasa hadir menyerahkan sijil siap kerja sambil memantau hasil projek tersebut bagi memastikan pelaksanaannya dalam keadaan yang baik.

Tragedi kebakaran Rumah Panjang Annie pada tahun lepas telah menyebabkan 12 keluarga yang terlibat hilang berteduh.

Tiga daripada 12 keluarga itu masing-masing menerima bantuan ehsan kebakaran berjumlah RM70,000 manakala keluarga yang lain dibantu dengan sumbangan bahan binaan.

Antara yang hadir ialah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sri Aman, Philomena Asin, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Jackline Medan Ikom, Jurutera Jabatan Kerja Raya Sri Aman, Herman Alishah, Pengurus Syarikat (Kontraktor) An-Nas dan Ketua Kampung Semawa Hulu, Annie William.-EDISI UKAS

add comment