Razaili Gapor Adakan Perbincangan Bersama Agensi Pelaksana Projek RTP Di Beting Maro

KHAMIS, 16 JUN 2022

PUSA: Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk membangunkan Sarawak dengan menyalurkan RM5 juta setahun di dalam Projek Kecil Luar Bandar (RTP) demi kesejahteraan rakyat di Sarawak.

Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor ketika menghadiri sesi perbincangan bersama agensi pelaksana Projek RTP Beting Maro pada Selasa.

Tambahnya, agensi pelaksana perlulah mengambil langkah yang proaktif memantau setiap projek pembangunan di kawasan berkenaan untuk mengelakkan isu yang menyalahi kerajaan dan wakil rakyat di kawasan tersebut.

Antara agenda yang dibincangkan dalam perbincangan tersebut termasuklah Projek RTP 2019, 2020 dan 2021 di bawah Jabatan Saliran dan Pengairan Sarawak (DID), Majlis Daerah Serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, Status Projek RTP 2022, Cadangan NOC untuk projek RTP 2022, Projek RTP 2022 yang tidak diluluskan oleh pihak EPU, projek di bawah PELITA dan projek diklasifikasikan sebagai projek sakit.

Perbincangan berjalan dengan baik serta pembentangan setiap agensi pelaksanakan untuk menjelaskan status projek yang telah berjalan yang akan dilaksanakan serta cadangan projek yang akan datang.

Sehubungan itu, Razaili berharap agar setiap projek pembangunan di kawasan perlulah berjalan dengan baik serta siap pada tarikh yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

add comment