Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Inspirasi Kemenangan GPS dan PBB Dalam PRN12 Sarawak

JUMAAT, 17 JUN 2022

KUCHING: Perhimpunan Agung PBB Ke-15 kali ini sangat bermakna kepada setiap ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas kejayaan menang besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lepas. 

Ujar Timbalan Yang Dipertua PBB Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas lagi, lebih manis lagi apabila Parti PBB Sarawak turut menang kesemua 47 kerusi DUN. 

“Perhimpunan Agung PBB kali ini cukup bermakna sekali kerana kita meraikan kemenangan GPS dalam pilihan raya yang lepas dengan 76 dari 82 kerusi yang dipertandingkan. 

“PBB juga mencipta sejarah kerana kita telah menang 47 kerusi yang kita tandingi. 

“Kita menang kerana ahli-ahli berdisiplin, cukup bersedia dan ada yang hendak bertanding tetapi apabila pucuk pimpinan membuat keputusan memilih calon dan semua bekerjasama memastikan PBB menang pilihan raya dan akhirnya kita menang. 

“Itulah budaya yang menjadikan kita kuat dan membuat kita terus menang,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak menyifatkan kemenangan GPS dan PBB dalam PRN12 Sarawak lepas didorong oleh kebijaksanaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpengalaman, berpandangan jauh, berintegriti, inklusif dan pintar. 

“Faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan bergaya kita PBB adalah kerana PBB dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 

“Beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpengalaman, berpandangan jauh, berintegriti, inklusif dasar dan juga pintar untuk meningkatkan hasil untuk negeri Sarawak dan kemudian berjaya membawa pembangunan di seluruh negeri Sarawak seperti kita saksi selama ini,” ujar beliau lagi.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PBB merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang di Pertua Kanan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Dato Sri Fadillah Yusof, Naib Yang Dipertua Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapae, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda Gerald Rentap Jabu, Pengerusi Tetap Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. -EDISI UKAS

add comment