Pejabat SUK Menjuarai Kategori Persembahan Susun Atur Makanan & Minuman Terbaik Sempena Majlis Raya-Gawai Jabatan Premier Sarawak

JUMAAT, 17 JUN 2022

KUCHING: Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak (SUK) memenangi kategori Persembahan Susun Atur Makanan dan Minuman Terbaik sempena Majlis Raya-Gawai anjuran Jabatan Premier Sarawak di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Khamis.

Manakala bagi kategori Kebersihan dan Kualiti Makanan dan Kekemasan Gerai pula dimenangai oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak (SFS).

Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) pula memenangi kategori Persembahan dan Layanan Mesra Terbaik.

Ketiga-tiga pemenang tersebut memenangi baucer tunai sebanyak RM120.

Sementara itu, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) pula menjuarai kategori Dekorasi Gerai Raya Terbaik, manakala Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber (HRDM) pula menjuarai kategori Dekorasi Gerai Gawai Terbaik.

Kedua-dua pemenang membawa pulang baucar tunai sebanyak RM500.

Tempat kedua bagi pula dimenangi Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak (UPPS) (Kategori Gerai Raya) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi (Kategori Gerai Gawai).

Pemenang-pemenang itu membawa pulang baucar tunai sebanyak RM200.

Bagi tempat ketiga pula disandang oleh Unit Pentadbiran (UP) (Kategori Gerai Raya) dan Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPAN) (Kategori Gerai Gawai).

Para pemenang bagi tempat ketiga membawa pulang baucar tunai sebanyak RM200

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion serta barisan Menteri kabinet negeri yang lain.-EDISI UKAS

add comment