Peranan Warga Sekolah Penting Mencapai Agenda Pendidikan

JUMAAT, 17 JUN 2022

MIRI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa sedar bahawa peranan warga sekolah amat penting demi mencapai jangkaan dan harapan masyarakat terhadap agenda pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini. 

Peranan ini amat besar maknanya dalam memastikan visi dan misi sistem pendidikan di Malaysia dapat dicapai. 

Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia, Datuk Mohamad Alamin berkata, projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah di bawah peruntukan RM1 bilion yang telah diusahakan oleh kerajaan Sarawak kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri merupakan salah satu sekolah di bawah pelaksanaan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah di bawah peruntukan RM1 Bilion yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak merangkumi 147 projek iaitu Fasa 1 (2019) – 41 Projek, Fasa 2 (2020) – 52 projek dan Fasa 3 (2021) sebanyak 54 projek.

“Pembangunan bangunan baharu seperti ini juga dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk keselesaan para murid. 

“Oleh itu, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang merealisasikan pembangunan bangunan baharu di SK Anchi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada lawatan kerja rasmi di Sekolah Kebangsaan Anchi baru-baru ini.

Menyentuh tentang agenda pendidikan yang semakin mencabar ini, besar harapan agar ibu bapa dapat melihat dan menyedari betapa pentingnya murid-murid didedahkan dengan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik agar mereka dapat berdepan dengan dunia yang semakin hari menuju ke arah globalisasi.

Turut hadir ialah Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli DUN N.74 Pujut, Adam Yii Siew Sang, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr. Azhar Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Miri, Mariam Monek, Guru Besar SK Anchi, Sapri Pae, Temenggong Abdul Rahman Fadzail dan Penghulu Samion Gani. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia