Premier Sarawak Pemimpin Berwawasan Tinggi, Sentiasa Menyokong BPHB

JUMAAT, 17 JUN 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mempunyai wawasan untuk membantu rakyat Sarawak.

Demikan jelas Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Dato Abdul Mutalib Alias selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari merupakan seorang pemimpin yang sangat berwawasan tinggi dan sentiasa menyokong apa sahaja aktiviti Bintulu Port anjurkan. 

“Kita juga telah bertukar pendapat dan pandangan mengenai beberapa isu bukan sahaja mengenai  Bintulu Port malah berkenaan hal-hal lain seperti isu perumahan.

“Selain itu, beliau juga mempunyai idea-idea yang kreative bagi membantu rakyat di negeri ini,” katanya.

Dato Abdul Mutalib dalam pada itu berharap agar hubungan baik di antara Bintulu Port dan kerajaan Sarawak akan berterusan. 

“Kita sangat menghargai sokongan, kerjasama serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan Sarawak kepada kami,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato Mohammad Medan Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah BPHB,Dato Sri Foong Ju Chung.-EDISI UKAS

add comment