Datuk Amar Douglas Uggah Embas Santuni 11 Cawangan PBB Di Majlis Makan Malam

SABTU, 18 JUN 2022

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menyantuni 11 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan menganjurkan Majlis Makan Malam di Hotel Grand Margherita, di sini pada Jumaat.

Antara cawangan yang terlibat adalah Bukit Saban, Layar, Saribas, Krian, Batang Ai, Engkelili, Bukit Begunan, Kakus dan beberapa cawangan yang lain.

Datuk Amar Douglas yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata majlis ini diadakan begi mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dan pemerhati dari cawangan tersebut ke Konvensyen PBB yang berlangsung di BCCK Kuching pada 18 dan 19 Jun 2022.

Beliau turut menyeru para perwakilan untuk sama-sama ambil bahagian semasa sesi pembentangan dan perbahasan usul kelak bagi membawa suara dari peringkat akar umbi kepada kepimpinan parti.

Turut hadir, Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap ADUN Layar, Dato Gerald Rentap Jabu; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam; Ahi Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat; Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dr Richard Rapu dan Ketua-Ketua Cawangan PBB.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia