Datuk Amar Jaul Samion Santuni Peniaga, Pengunjung Gawai Bazar 2022

SABTU, 18 JUN 2022

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion meluangkan masa melawat Gawai Bazar Peringkat Negeri Sarawak 2022 di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Sabtu. 

Selepas dua tahun tidak diadakan susulan penularan wabak COVID-19, program ini telah dilaksanakan bermula pada 17 Jun sehingga 26 Jun depan.

Datuk Amar Jaul dalam pada itu telah menyantuni peniaga dan pengunjung serta mencuba pelbagai juadah makanan di gerai-gerai Gawai Bazar tersebut. 

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng. 

Menariknya, program ini telah mendapat sambutan dari pelbagai kaum di sekitar Kuching. 

Difahamkan, program ini juga turut menampilkan persembahan artis-artis lokal dayak serta pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program. 

Antaranya adalah seperti pertandingan karaoke yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk juara, jualan kraftangan, jualan makanan dan minuman, pertandingan kumang dan keling, Sarawakian Got Talents dan banyak lagi.-EDISI UKAS

add comment