SABTU, 18 JUN 2022
DEBAK: Sempena dengan sambutan penubuhan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang ke-10, TEGAS telah mengadakan jerayawaranya di 11 lokasi terpilih bermula 13 Jun hingga 16 Jun 2022.
TEGAS memulakan jerayawara mereka di Serian, diikut Debak, Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Kapit, Balingian, Marudi, Limbang, Betong dan berakhir di Kuching.
Sementara itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang jerayawara ini berlansung antaranya ialah galeri ‘The journey of TEGAS’, pameran dan ceramah STEM & TVET, Future Tech showcase dan Makers Corner.
Bagi memeriahkan lagi jerayawara ini, turut dianjurkan aktiviti cabutan bertuah dan pertandingan karaoke untuk komuniti setempat yang hadir dan juga pertandingan e-sport untuk para belia-belia tempatan.-EDISI UKAS