AHAD, 19 JUN 2022
KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak berbesar hati menghulurkan bantuan kepada LAKU Management Sdn Bhd dalam usaha memulihkan sistem bekalan air di Bahagian Miri.
Menurut kenyataan JBALB dalam media sosial rasmi pada Ahad, sebanyak 8 buah tanker air JBALB iaitu dari Miri, Bintulu, Mukah dan Sibu telah digerakkan untuk membantu LAKU membuat penghantaran bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas di sekitar Bahagian Miri.
“Seperti sebuah keluarga, kami amat bersimpati apa yang sedang berlaku dan mendoakan keadaan di Bahagian Miri akan kembali pulih seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, dua buah tanker air JBALB dari Bahagian Betong telah bergerak ke Miri pada Sabtu bagi membantu LAKU dalam krisis air di Miri. -EDISI UKAS