Sertai MAKSAK Sarawak Games 2022 – Golf Antara Kelab Gabungan 3 Julai Ini

AHAD, 19 JUN 2022

KUCHING: Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak akan menganjurkan ‘MAKSAK Sarawak Games 2022-Golf Antara Kelab Gabungan’ pada 3 Julai depan bertempat di Damai Golf & Country Club (DGCC), Santubong.

Tujuan penganjuran tersebut adalah untuk memperkembangkan sukan golf, membimbing bakat-bakat baharu, mempertingkatkan tahap permainan dan mengeratkan tali silaturahim serta semangat setiakawan tanpa mengira jabatan, kumpulan perkhidmatan dan peringkat jawatan.

Selain itu, ia juga memfokuskan misi untuk meningkatkan taraf bidang sukan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan sekaligus sebagai platform untuk menjadi wakil dalam kejohanan kebangsaan.

Penganjuran ini akan dijalankan mengikut ‘Rules of Amateur Status Approved by the Royal and Ancient Golf of St. Andrews’ dan peraturan-peraturan tempatan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur dan Pengelola.

Bayaran penyertaan ialah sebanyak RM800 untuk satu pasukan mesti diserahkan kepada Pengelola Perlawanan sebelum atau pada 24 Jun ini.

Bagi tujuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pihak Urusetia Kejohanan di talian 019-8185838 (Peraturan dan Teknikal) atau 082-444111 sambungan ke 8214 (Penyertaan/Pendaftaran Pasukan). -EDISI UKAS

add comment