SMK Nanga Dap Dua Tahun Berturut Rekod SPM Memberangsangkan

AHAD, 19 JUN 2022

KANOWIT : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanga Dap, Kanowit dua tahun berturut menunjukan pencapaian SPM yang amat memberansangkan. 

Demikian jelas Pengetua SMK Nanga Dap, Dewis Lidek, semasa berucap dalam Majlis Hari Permuafakatan Ibu Bapa, Hari Penetapan Target Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) 2022 serta Pelancaran TS25 di SMK Nanga Dap pada Sabtu. 

Jelasnya lagi, pencapaian SPM SMK Nanga Dap selama dua tahun ini amat baik dari segi skor Gred Purata Sekolah (GPS) dan peratusan yang layak mendapat sijil.

Justeru, beliau memohon dana daripapa pihak ADUN Ngemah untuk kegunaan pihak sekolah dan PIBG menjalankan aktiviti sepanjang tahun serta membeli peralatan yang diperlukan pihak sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana dalam pada itu semasa berucap merasmikan majlis tersebut berkata, program seperti ini amat baik bagi membina hubungan silaturahim yang kukuh untuk memajukan sekolah diantara pihak sekolah dan ibubapa. 

Selain itu katanya, program ini juga boleh memupuk kerjasama dan keterlibatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dalam semua program.-EDISI UKAS 

add comment