Dato Henry Peruntuk RM120,000 Kepada Kampung Jagoi Sri’eng

ISNIN, 20 JUN 2022

BAU: Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep telah meluluskan dana sejumlah RM120,000 untuk Kampung Jagoi Sri’eng.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, jumlah tersebut diperuntukkan di bawah dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Untuk makluman, RM100,000 di bawah peruntukan RTP telah diluluskan bagi kerja-kerja menaiktaraf Kampung Sri’eng.

“Manakala, Biro Wanita Kampung Bogag dan Kampung Sri’eng serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sri’eng masing-masing menerima RM10,000 menerusi dana MRP,” ujarnya.

Beliau berkata semikian pada Majlis Sambutan Hari Ibu dan Gawai Dayak 2022 serta Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Kampung Sri’eng di Dewan Serbaguna tersebut di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Ik Pahon Joyik; Penghulu Kawasan Zon Jagoi Bau, Sumy Lidei; Penghulu Kawasan Masyarakat Bidayuh Pekan Bau dan sekitarnya, Christina Opoum; Ketua Kaum Kampung Sri’eng, Kari Nogos serta Ketua Biro Wanita Kampung Sri’eng dan Kampung Bogag, Niki Gani. -Edisi UKAS

add comment