Kerajaan Sarawak Tambah Peruntukan RM30 Juta Bantu Peminjam PTPTN

ISNIN, 20 JUN 2022

KUCHING: Dalam inisiatif dahulu, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Yang di Pertua PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta lagi bagi membantu pelajar Sarawak dalam melangsaikan pinjaman PTPTN. 

Ini selepas permohonan Timbalan Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Ahli Parlimen Sibuti di Majlis Penangguhan Perhimpunan PBB Sarawak Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad. 

“Pasal PTPTN. Sebelum ini kita buat RM30 juta. 

“Ok, setuju tambahan RM30 juta,” katanya. 

Tambahan inisiatif PTPTN ini bertujuan membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan pinjaman dengan PTPTN. 

Hadir sama Timbalan Yang di Pertua Parti PBB merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang di Pertua Kanan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Dato Sri Fadillah Yusof, Naib Yang di Pertua Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapae, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pemuda PBB Sarawak Miro Simuh, Pengerusi Tetap Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha PBB Sarawak Datuk Alexander Nanta Linggi. -EDISI UKAS

add comment