Majlis Ramah Mesra Hari Gawai Anjuran USK Saratok Satukan Masyarakat

ISNIN, 20 JUN 2022

SARATOK: Urusetia Saudara Kita (USK) Saratok telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Gawai di Gelanggang Futsall LAKIS pada Ahad. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga Sumber Asli Malaysia, Datuk Ali Biju. 

Menurut beliau, majlis seperti ini mencerminkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama.

Dalam pada itu katanya, beliau juga turut berbangga kerana kawasan ini sentiasa mengutamakan keharmonian agama dan bangsa untuk menyatupadukan penduduk.

Turut hadir, Pemanca Sahari Gani serta ketua-ketua masyarakat kawasan setempat.-EDISI UKAS 

add comment