Perkukuhkan Parti PBB, 1828 Pemimpin Pelapis Masa Depan

ISNIN, 20 JUN 2022

KUCHING: Parti tidak harus mempunyai begitu ramai panglima atau ‘warlord’.

Menurut Yang di Pertua PBB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, sejak dari dahulu lagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masih tetap utuh dan kukuh, serta ini perlu dikekalkan sampai bila-bila. 

Ujar beliau lagi, sekiranya ramai warlord akan menyebabkan parti itu akan hancur seperti yang telah berlaku kepada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) suatu ketika dahulu. 

“Kita lihat parti lain yang banyak ‘warlord’, berkelahi sama diri akibatnya parti hancur. 

“PBB tidak ada dari mula sampai sekarang. Mungkin pemimpin tahu masa belum sampai dan latihan mesti diberi macam saya,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam penggulungan dan penangguhan Perhimpunan PBB Sarawak Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad. 

Ujar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari yang juga Premier Sarawak, sehingga kini parti PBB masih kuat. 

“Dan juga di peringkat cawangan perlu ada pemimpin muda. 

“Sebab itu kita ada 1828 untuk masa depan. Kita latih. Umur ini kita tidak boleh tahu. 

“Seorang veteran kita meninggal dunia (Tan Sri Ahmad Urai). Al-Fatihah dengan Allahyarham dan mudahan bersama dengan orang-orang yang beriman,” ujar beliau. 

Hadir sama Timbalan Yang di Pertua Parti PBB merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang di Pertua Kanan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Dato Sri Fadillah Yusof, Naib Yang di Pertua Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapae, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pemuda PBB Sarawak Miro Simuh, Pengerusi Tetap Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha PBB Sarawak Datuk Alexander Nanta Linggi. -EDISI UKAS

add comment