Program Ziarah UKAS ‘Ngiling Tikai’ Disambut Baik Di Rumah Dumy

ISNIN, 20 JUN 2022

SRI AMAN: Program Ziarah UKAS dengan tema ‘Ngiling Tikai’ telah disambut baik oleh penduduk Rumah Dumy, Gua Dalam di sini pada Ahad.

Program anjuran Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang dan disertai pemimpin-pemimpin tempatan seperti Penghulu Menjang Niah, Penghulu Jiram Sampek, Penghulu Komiti Manduh, Penghulu Riji Gu serta Tuai Rumah Dumy.

Datuk Mong dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan atas penganjuran program seumpamanya yang dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin serta masyarakat.

“UKAS memainkan peranan penting dalam menyampaikan sebarang maklumat serta berita yang sahih kepada rakyat.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan masyarakat mengikuti agensi kerajaan di bawah Jabatan Premier Sarawak ini bagi mendapatkan perkembangan terkini terutama berkenaan inisiatif dan bantuan yang disampaikan oleh kerajaan Sarawak,’’ tegasnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua Tuai Rumah termasuk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan agar sentiasa menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas.

“Kepimpinan Tuai Rumah penting dalam membangunkan rumah panjang mereka, maka mereka harus memikul tanggungjawab sebagai perantara antara rakyat dengan agensi kerajaan,’’ jelasnya lagi.

Pada program tersebut, Datuk Mong berkesempatan menyampaikan sijil perlantikan baharu kepada tiga orang Tuai Rumah.

ADUN Bukit Begunan itu turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Dumy serta RM4,000 kepada Biro Wanita Rumah Dumy. -Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia