120 Peserta Sertai Kursus Anjuran MINTRED Di Roban

SELASA, 21 JUN 2022

SARATOK: Seramai 120 peserta telah menghadiri Kursus Pensijilan Dan Pengendalian Makanan di Daerah Kecil Roban yang berlangsung selama dua hari bermula 20 hingga 21 Jun ini. 

Kursus tersebut anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Sarawak (MINTRED) dan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik di Dewan Masyarakat Roban pada Isnin. 

Friday Belik dalam pada itu berharap kursus ini akan memberi manfaat kepada peserta untuk bergiat dalam pengendalian makanan di kawasan ini.

Turut hadir Pegawai MINTRED Sarawak, Ceaser Panau Teo, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Roban, Micheal Meling serta ketua-ketua masyarakat Daerah Kecil Roban.-EDISI UKAS 

add comment