SELASA, 21 JUN 2022
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menghadiri Majlis Ngiling Bidai Tahun 2022 di Rumah Miran, Sungai Buloh Bintangor pada Ahad.
Bercakap ringkas di dalam program tersebut, Datuk Diing merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Misran di atas jemputan di samping bagi memperingati jasa dan pengorbanan Tuai Rumah Miran yang telah meninggal dunia pada tahun lepas.
Selain itu, Majlis Ngilling Bidai menandakan tanda sambutan Hari Gawai sudah berakhr pada tahun ini.
Jelas beliau, lagi sambutan pada kali ini amat meriah dengan dihadiri oleh saudara mara yang telah lama tidak kembali ke kampung halaman setelah berdepan dengan pandemik COVID-19 sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau berharap tuai rumah yang baru dilantik nanti akan terus memberikan komitmen di antara satu sama lain untuk meneruskan agenda pembangunan di rumah panjang diteruskan.
Turut hadir Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi, Pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong, Tuai Rumah Ngipa Andieng dan Tuai Rumah Johnny Gauk.-EDISI UKAS