ADUN Repok Prihatin, Fokus Usaha Naiktaraf Pembangunan Sarikei

SELASA, 21 JUN 2022

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah membuat tinjuan naiktaraf Jalan Tar dan konkrit di Jalan Lu San, Jalan Kim San serta Jalan Tiong Ho pada Isnin. 

Pelaksanaan projek menaiktaraf jalan di kawasan kampung itu bertujuan bagi memberikan manfaat kepada penduduk setempat serta pekebun kecil di sekitar kawasan tersebut. 

Menurut Dato Sri Huang, walaupun beliau telah berjaya menaiktaraf beberapa jalan kampung di kawasan Repok, bagaimanapun masih banyak jalan yang perlu dinaiktaraf yang memerlukan perhatian kerajaan ketika ini.

Hasil pemantauan lawatan tersebut, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan kerja naik taraf jalan raya yang terbabit. 

Jelasnya lagi, beliau amat prihatin dengan pembangunan infrastruktur Sarikei termasuk pembinaan jalan raya dan kemudahan lain agar penduduk Sarikei dapat menikmati jalan raya yang sempurna.

Katanya, pembangunan Sarikei akan menjadi semakin maju di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.-EDISI UKAS 

add comment