ADUN Repok Serah Cek MRP Kepada 35 PIBG Kawasan Repok

SELASA, 21 JUN 2022

REPOK : Sebanyak 35 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di kawasan Repok telah menerima cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bertempat di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok pada Sabtu.

Jelas ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Projek Kecil Luar Bandar (MRP) merupakan satu usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman dengan memberikan sejumlah peruntukan kepada setiap ADUN di Sarawak.

“Sejak saya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan ini, saya amat mengutamakan bidang pendidikan.

“Saya akan sentiasa memberi sokongan terhadap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana ianya merupakan satu persatuan yang amat penting bagi sesebuah sekolah berkenaan dan peruntukkan ini merupakan usaha pihaknya membantu sekolah untuk melaksanakan aktiviti.” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Cek MRP pada Sabtu.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pihak sekolah supaya membelanjakan peruntukan yang diberi dengan berhemah dan digunakan untuk keperluan yang penting. -EDISI UKAS

add comment