ADUN Repok Tinjau Empat Jalan Raya Yang Dinaiktaraf

SELASA, 21 JUN 2022

REPOK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang bagi mengadakan tinjauan jalan raya yang dinaiktaraf di empat lokasi pada  Ahad.

Antara lokasi yang terlibat ialah jalan raya di kawasan Rumah Jupong, Jalan Hing Xing, Jalan Sin Yek, dan Meruton agar mampu memberikan keselesaan kepada masyarakat kawasan berkenaan.

Jelas Dato’ Sri Huang, tinjauan pelaksanaan projek menaik taraf jalan di kawasan kampung bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk tetapi juga pekebun kecil di sekitar kawasan terbabit.

Selain itu katanya, sebagai wakil DUN Repok, beliau amat prihatin dengan pembangunan infrastruktur Sarikei termasuk pembinaan jalan raya dan kemudahan lain supaya penduduk Sarikei dapat menikmati jalan raya yang sempurna.-EDISI UKAS

add comment