Lebih 500 Tetamu Serikan Sambutan Gawai Ngiling Tikai Di Krian

SELASA, 21 JUN 2022

SARATOK: Pejabat Pendidikan Daerah Saratok telah menganjurkan Sambutan Gawai Ngiling Tikai di Dewan Sri Krian Saratok yang dihadiri lebih 500 orang.

Ia telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Sambutan tahun ini melibatkan semua zon di Daerah Saratok dan Kabong dengan menyediakan beberapa ruai yang menyediakan perbagai juadah Hari Gawai untuk kunjungan orang ramai.

Selain itu, Friday dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjuran di atas majlis yang diadakan dengan begitu meriah dan unik di mana sambutan kali ini diadakan dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai bangsa dan agama bagi bersama-sama memeriahkan sambutan.

Dalam majlis sama, Friday turut mengumumkan geran sebanyak RM10,000 untuk Tabung Kebajikan Pendidikan Daerah Saratok.

Turut hadir, Pegawai Daerah Saratok (mewakili ADUN Kalaka), Haron Mahidi dan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Anais Madeli.-EDISI UKAS

add comment