Program Sambutan Perayaan 5 Dalam 1 Raikan Perpaduan Pelbagai Kaum

SELASA, 21 JUN 2022

SIBU : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, Sibu telah mengadakan Majlis Perpaduan Sambutan Perayaan 5 Dalam 1 di Hotel Kingwood Sibu, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dalam ucapannya berkata, dengan adanya program seperti ini kerana ia mampu menghargai pengorbanan setiap orang guru dan sama-sama merasai suasana sambutan hari perayaan walaupun berbilang bangsa.

Difahamkan, program Sambutan Hari Perayaan 5 Dalam 1 adalah Sambutan Hari Gawai, Hari Raya, Hari Guru, Hari Ibu Bapa dan Hari Jadi.

Pada sebelah malamnya pula, Datuk Ding turut berkesempatan untuk hadir  ke program Pengerami Gawai Ngiling Bidai Tahun 2022 anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) di Rumah Asap Bintangor.

Berucap ringkas, Datuk Ding mencadangkan agar SDNU Meradong untuk mengagihkan insentif kepada pelakjar cemerlang dalam kalangan ahli keluarga SDNU sebagai motivasi kepada para pelajar untuk terus mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.-EDISI UKAS

add comment