547 Pek Bantuan Makanan Dihantar Ke Long Bemang Kawasan Terjejas Banjir

RABU, 22 JUN 2022

LONG BEMANG: Penduduk di Long Bemang yang terjejas banjir pada minggu lepas telah mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri dengan kerjasama Pejabat Daerah Telang Usan telah menghantar 547 pek bantuan makanan ke Kampung Long Bemang baru-baru ini. 

Bantuan makanan ini bertujuan meringankan penduduk yang terjejas banjir sehingga tidak dapat bergerak ke mana-mana mahupun membeli makanan harian. 

Usaha menghantar bantuan makanan ini menggunakan jalan darat dengan 4 buah kenderaan pacuan 4 roda. 

Selain Kampung Long Bemang, bantuan yang sama juga dihantar ke Kampung Long Wat. -EDISI UKAS

add comment