Ahli Jawatankuasa Persatuan Cina Sarawak Angkat Sumpah

RABU, 22 JUN 2022

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah menyaksikan majlis angkat sumpah pelantikan jawatankuasa Persatuan Cina Sarawak ke-6 di salah sebuah hotel di Miri pada Ahad.

Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Cina Sarawak atas pelantikan itu. 

“Saya menyaksikan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Cina Sarawak ke-6 dan makan malam sempena Hari Ibu dan Bapa.

“Semoga Persatuan Cina Sarawak terus memperkukuhkan perpaduan di Miri dan Sarawak amnya,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelantikan Jawatankuasa Persatuan Cina Sarawak Ke-6 pada Ahad. 

Kemuncak majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek serta penyerahan momento berupa gambar-gambar jawatankuasa lepas yang siap ditandatangan.

Hadir sama pengerusi-pengerusi persatuan lain dari sekitar Bandaraya Miri.-EDISI UKAS

add comment