Dato Sri Abdul Karim Merasmikan Majlis Kesenian Orang Ulu Di MBKS

RABU, 22 JUN 2022.

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Kesenian Orang Ulu sempena Gawai Bazaar 2022 di pekarangan Dewan Masyarakat, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Rabu.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan daripada kumpulan Deki’it Leto Dumit, Persatuan Kenyah Kebangsaan Sarawak (PKSS) dengan tariannya yang berjudul “Saga Datun”.

Turut dipersembahkan permainan alat muzik “Tapi” dari Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS)

Beliau turut berkesempatan untuk melawat ke setiap gerai bagi melihat sendiri juadah yang dijual di tapak Gawai Bazaar tersebut.

Gawai Bazaar 2022 yang berlangsung dari 20 hingga 26 Jun depan disambut meriah dengan kedatangan para penduduk tempatan.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Prof Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, ADUN Murum, Chukpai Ugon, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datu Antonio Kahti Galis serta tetamu yang lain.-EDISI UKAS

add comment