Pegawai & Kakitangan Pejabat Daerah Tatau Serta KMKK Jalani Ujian Air Kencing

RABU, 22 JULAI 2022

TATAU: One Stop Committe (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Tatau telah mengadakan program ujian air kencing ke atas semua pegawai dan kakitangannya di Pejabat Daerah Tatau pada Isnin.

Program ini selaras dengan Program Tempat Kerja Bebas Dadah yang juga turut disertai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Daerah Tatau yang juga merupakan ahli PEMADAM Daerah Tatau.

Turut sama mengadakan ujian air kencing ini juga adalah Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau Dr. Layang Ugek dan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny Minggu Ling.

Terdahulu, turut disampaikan Kit Ujian Pengesanan Dadah oleh Jabang kepada Ketua Daerah Bintulu, AADK Negeri Sarawak Mohd Dzulfikhar Abdul Rahim.

Sumbangan Kit Pengesan Ujian yang bernilai RM15,000 itu merupakan sumbangan OSC bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Tatau. -EDISI UKAS

add comment